Powered By Blogger

Monday, 16 September 2013


DOA  MALAM

Dengan segala puji syukur sekali lagi aku datang ke hadapan-Mu ya BAPA yang baik. Kebaikan dan kemurahan-Mu sentiasa mewarnai hidupku. Meskipun ada kesusahan yang aku hadapi, terpujilah TUHAN atasnya, kerana aku tahu itu semua terjadi atas izin TUHAN, dan aku yakin, selalu ada karunia di sebalik kesusahan bahkan dapat menjadi berkat bagiku lebih dari apa yang aku sangkakan. Terima kasih ya Tuhan.

BAPA yang baik, aku bersyukur atas Firman TUHAN yang sentiasa dapat ku baca. Membimbing aku untuk takut akan Engkau dan menjadikan hidupku lebih bererti. Beri aku kekuatan ya BAPA untuk menjadikan Firman TUHAN sebagai kerinduan hatiku supaya aku lebih taat pada-Mu. Terima kasih ya TUHAN.

Malam ini aku mau berehat ya BAPA, aku tahu Engkau sangat menyayangiku. Berilah aku damai-Mu agar aku tidur nyenyak dalam pelukan-Mu. Ampunilah kesalahan dan kekuranganku ya BAPA agar aku layak untuk berada di hadapan-Mu. Terima kasih ya Tuhan. Terimalah diriku bersama doa permohonan ini. Melalui putera-Mu yang tunggal TUHAN YESUS KRISTUS, terpujilah nama-Mu dan jadilah kehendak-Mu di dalam hidupku.  Amen.

~ God Is Good All The Time ~

Happy Malaysia's Day


Taking picture with artis Yatt, at City Park S2


Lama dah tak buka blog...uh xtw apa yg nak d share nie.. cri idea dlu lh..huhu