Powered By Blogger

Monday, 15 July 2013

DOA PAGI

Selamat pagi BAPA,
Terima kasih BAPA kerana membangunkan saya semula pada pagi ini.
Sebelum saya memulai segala aktiviti saya pada hari ini, saya awali dengan menghadapMU terlebih dahulu, mencari wajahMU, saya ingin memulai hari ini dengan berdiam diri di hadiratMU, menaikkan pujian dan ucapan syukur bagiMU agar ada kekuatan baru untuk menjalani hidup yang penuh dengan rintangan dan cobaan ini, hingga malam nanti saya boleh kembali menutup aktiviti saya dalam segala anugerah dan damaiMU, jadikan lah diri ini semakin indah dan bererti bagiMU, jangan lepaskan saya dari gengaman tanganMU, bawa saya berjalan dalam jalanMU dan ajar saya mengerti kehendakMU kerana hanya kehendak dan rancanganMU lah yang akan selalu indah di dalam hidup ini. Ya BAPA, walau apapun yang akan saya temui pada hari ini, seberat apapun yang akan saya hadapi di depan sana, saya akan tetap jalani dalam kekuatanMU yang sentiasa menyertai saya dalam kebenaranMU. Di dalam nama TUHAN YESUS KRISTUS saya naikkan doa ini kepadaMU, jadilah kehendakMU atas hidup ini. Amen. :)


# GOD IS GOOD ALL THE TIME, ALL THE TIME GOD IS GOOD #

Saturday, 13 July 2013